Sebagai manusia yang mengakui beriman kepada Allah dan rasulNya tidak dapat tidak mestilah meyakini dan kewujudan perkara-perkara ghaib yang ternyata tidak mampu kita lihat dengan mata kasar kita. Malahan tidak juga dapat dikesan oleh mana-mana pancaindera kita yang lima.
Tidak syak lagi antara perkara atau dengan lebih jelas lagi makhluk yang tidak dapat dilihat tersebut adalah makhluk ciptaan sang empunya jagatraya yang bernama jin dan iblis serta syaitan. Di alam Melayu seringkali makhluk ini dikenali dengan panggilan makhluk halus. Ini kerana sifatnya yang tidak dapat dilihat secara fizikal oleh pandangan mata kasar.
Sejak kebelakangan ini kita semakin menyedari bahawa telah banyak kes yang diakibatkan oleh penglibatan secara langsung makhluk ini dalam bentuk pelbagai gangguan dan seribu satu macam penyakit. Antaranya termasuklah kes-kes kerasukan, barah yang ganjil, sakit pada bahagian anggota tubuh badan yang langsung tidak dapat dikesan oleh mana-mana doktor hatta yang bergelar pakar dalam perubatan yang serba canggih dan moden pada zaman ini.
A. JIN ADALAH SATU HAKIKAT BUKAN MITOS
Mempercayai perkara-perkara ghaib merupakan salah satu daripada tuntutan aqidah. Firman Allah ta’ala dalam surah Al-Baqarah : 1-3.
”Alif, lam, mim. Kitab Al-Quran ini tiada sebarang syak padanya (tentang datang daripada Allah dan kesempurnaanNya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebaghaigian daripada rezeki yang Kami berikan kepada meraka”
B. TIDAK TERLIHAT BUKANNYA BERMAKNA TIDAK WUJUD
Sifat kejadian jin yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar bukanlah bererti bahawa ia tidak ada. Marilah sama-sama kita mengambil contoh arus elektrik misalnya. Sudah pasti kita tidak dapat melihatnya namun kesan daripada kewujudannya jelas kelihatan di hadapan mata kita. Peralatan elektrik mampuberfungsi dan mentol di dalam rumah kita mampu bernyala. Begitulah perihalnya juga dengan udara, bau-bauan yang berada di sekitar kita.
Dewasa ini telah wujud ramai individu yang tidak percaya lagi kepada kewujudan perkara-perkara ghaib termasuklah jin. Bagi yang mempercayai kewujudannya pula, terdapat juga golongan yang berpendirian bahawa makhluk jin ini tidak berupaya menyebabkan berlakunya apa-apa kesan terhadap dunia zahir iaitu kepada batang tubuh manusia itu sendiri. Segala bentuk penyakit dan sebrang keganjilan pada batang tubuh pesakit yang menderita dianggap berpunca daripada virus, kuman atau bakteria yang hanya dapat dibongkar dan diubati dengan wasilah teknologi perubatan dan sains.
C. ASAL USUL KEJADIAN JIN
Seumpama kejadian pelbagai makhluk Allah di permukaan bumi Allah SWT ini seperti malaikat daripada cahaya dan manusia daripada tanah, begitulah juga dengan hakikat kejadian jin.
Tidak syak lagi bahawa jin dicipta daripada api. Ini berdasarkan dalil yang termaktub di dalam Al-Quran.
1) Surah Ar-Rahman : 15.
”Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api”
2) Surah Al-Hijr : 27
”Dan Kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”
3) Surah Al-A’raf : 12
”Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?. Menjawab iblis : Saya lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah”
D. JENIS-JENIS JIN
Diriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah r.a telah berkata : bahawa RSAW telah bersabda :
Jin itu mempunyai tiga jenis
1). Jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara
2). Jenis yang berupa ular dan anjing
3). Jenis yang berpindah randah
E. TEMPAT TINGGAL JIN
1. Tempat-tempat yang sepi daripada manusia
2. Tempat-tempat yang kotor
3. Di tandas-tandas
4. Tempat-tempat yang berlubang
5. Tempat buangan binatang
F. MAKAN & MINUMAN JIN
Terdapat hadith-hadith sohih yang menyatakan bahawa jin juga makan dan minum seperti kita. Antara makanan makhluk jin adalah :
1. Kotoran binatang
2. Tulang
3. Asap
G. WAKTU JIN DAN IBLIS BERKELIARAN
Dalam hadith yang shohih dari Jabir, beliau bersabda bahawa RSAW bersabda : ”Apabila malam menjelang, maka tahanlah anak-anak kalian kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Apabila malam sudah gelap gelita, maka lepaskanlah meraka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu ke atasnya dan padamkanlah lampu-lampu kalian”
Jadi apa yang dapat kita fahami tentang hadith ini adalah tentang perintah RSAW pada kita. Diantara perintah RSAW itu ialah :
1) Ketika menjelang waktu hendak malam (waktu hampir-hampir maghrib), anak-anak kecil tidak dibolehkan untuk berada di luar pada waktu ini.
2) Apabila sudah hari gelap gelita (malam), maka biarkan saja anak-anak.
3) Tutuplah pintu dengan menyebut nama Allah
4) Tutuplah tempat-tempat air dengan menyebut nama Allah
H. APAKAH KITA / MAKHLUK-MAKHLUK LAIN DAPAT MELIHAT JIN?
Kalau manusia memang tidak dapat melihat jin. Adapun yang mengaku dapat melihat jin ianya tergolong pada 2 orang jenis manusia.
1) Berdusta
2) Dalam dirinya ada jin
Tetapi terdapat makhluk yang dapat melihat syaitan iaitu sebahagian binatang seperti keldai dan anjing.
I. HUKUM MEMINTA DAN MENAGIH PERTOLONGAN DARIPADA JIN
Tidak syak lagi bahawa hukum meminta bantuan dan pertolongan daripada jin adalah HARAM. Ini berdasarkan dalil daripada firman Allah SWT dalam surah Al-Jin ayat yang ke enam (6) : ”Terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin tersebut menambah bagi mereka akan dosa dan kesesatan”
J. KEDUDUKAN JIN BERBANDING MANUSIA
Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT. Lantaran itu dapat difahami bahawa secara umumnya martabat manusia lebih tinggi daripada golongan jin, itupun sekiranya kita (manusia) itu beriman dan melakukan amalan-amalan soleh.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 70 : ”Sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam a.s dan Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.
K. FAKTOR-FAKTOR KERASUKAN / DI MASUKI JIN
Kemasukan jin ke dalam jasad tubuh manusia berpunca daripada pelbagai faktor. Namun secara umumnya punca kemasukan adalah disebabkan oleh dua perbuatan dua makhluk. Sama ada berpunca daripada jin atau manusia.
Antara punca yang disebabkan jin adalah ;
1. Jin yang jatuh cinta kepada manusia
2. Jin yang melakukan kezaliman dan sengaja cari pasal terhadap manusia tanpa sebab
3. Sikap jin yang dengkai dan hasad terhadap manusia
Antara punca yang disebabkan manusia ;
- Kezaliman manusia terhadap golongan jin
- Sikap manusia yang takabbur dan bermulut lancang sehingga mengguris perasaan sesetengah jin
- Keadaan manusia yang menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuhnya. Sebagai contoh : terlalu marah, terlalu takut, nafsu syahwat yang sangat tinggi, bersikap terlampau lalai.
L. METOD MENGENALI KEWUJUDAN JIN DI DALAM TUBUH SESEORANG
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengesan (scan) kewujudan makhluk halus di dalam tubuh manusia. Teknik ini boleh dilakukan sendiri oleh kita. Gejala atau simptom kemasukan dapat dibahagi kepada dua jenis, iaitu ;
1. Gejala Pada Waktu Tidur
Ø Susah tidur malam
Ø Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
Ø Bermimpi buruk
· Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan
· Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
· Mimpi berada di kawasan kotoran atau tanah perkuburan
· Mimpi binatang-binatang buasa seperti anjing, kucing hitam, ular, kala jengking, lipan, serigala dan sebagainya.
Ø Kena tindih
Ø Bunyi gigi berlaga ketika tidur
Ø Ketawa, menangis dan meracau-racau ketika sedang tidur
Ø Mengigau
Ø Mimpi melihat salib atau gereja, atau bertemu dengan paderi
Ø Mimpi diancam dengan benda-benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.
1. Gejala Pada Waktu Jaga / Sedar
Ø Selalu pening
Ø Selalu lalai daripada mengingati Allah SWT
Ø Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila
Ø Sering lesu dan malas
Ø Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya
Ø Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang
Ø Lenguh di sendi-sendi utama
Ø Mempunyai ketumbuhan yang sukar untuk diubati.
Ø Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah telapak kaki seperti terpijak batu atau telur
Ø Mudah panik dan terkejut apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
Ø Jiwa sentiasa lemah dan mudah untuk berputus asa
Ø Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
Ø Mudah marah dan panas baran
Ø Emosional dan terlalu sensitif
M. JENIS-JENIS GANGGUAN JIN
Terdapat beberapa jenis gangguan jin. Antaranya :
1. Gangguan sepenuhnya
Iaitu jin menganggu seluruh badan dan jasad seperti orang yang mengalami masalah saraf tersumbat dan seumpama dengannnya
2. Gangguan sebahagian anggota
3. Gangguan yang berpanjangan
Iaitu jin terus berada di dalam badannya dalam jangka waktu yang lama
N. CARA UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA GANGGUAN JIN
1. Sentiasa istiqamah dengan zikir-zikir
2. Menyebut nama Alalh dalam setiap pekerjaan
3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap
4. Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing
5. Jangan tidur bersendirian.
6. Jangan membuang air di merata-merata tempat terutama di lubang-lubang
7. Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah
O. RAWATAN ISLAM YANG BIASA DISEBUT SEBAGAI RUQYAH SYAR’IYYAH
A. Al-Quran sebagai sumber perubatan Islam.
Firman Allah dalam surah Al-Isra’ : 82 ; ”Dan Kami turunkan dari al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar