Kamis, 08 Maret 2012

ILMU SAKA ROSAKKAN MANUSIA

       SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
         Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
       Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
      Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
        Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
       Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh. Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi. Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
       Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya. Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
     
    Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
     Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT. Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
      Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
      Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan). “Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak. “Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
     
      Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan. “Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia. “Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
        Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati. “Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati. “Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
     “Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah. “Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya. Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
        “Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik. “Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya. Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT. “Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
        “Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.

Petanda seseorang mempunyai saka:
Gejala waktu tidur
  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

VISI & MISI ISLAMIC RUQYAH CENTRE


VISI
Menjadi Rujukan Ummat Islam Dalam Perubatan dan Penyembuhan Berbagai Penyakit (Medic Maupun Non Medic) Dengan Perubatan Cara Nabi SAW.

MISI
  1. Mengembangkan dan Menghidupkan Ruqyah Syar’iyah Da’awiyah
  2. Meningkatkan Kualitas dan Kuantitas Mu’allij Ruqyah
  3. Meningkatkan Kualitas Layanan Ruqyah Syar’iyah Da’awiyah
  4. Meningkatkan Layanan Klinik Ruqyah Menuju Klinik Ruqyah Terpadu
  5. Meningkatkan Kualitas Dan Kuantitas Pembinaan Keislaman Intensif / Tarbiyah Islamiyah

MOTO
Bersih Aqidah Hidupkan Sunnah

TUJUAN
  1. Membersihkan Aqidah Ummat Islam Dari Unsur-Unsur Syirik Dengan Menghidupkan Perubatan Sunnah Nabawiyah.
  2. Membentuk Kelompok-Kelompok Pembinaan Keislaman Intensif / Tarbiyah Islamiyah 
  3. Menjadikan Perubatan Cara Nabi sebagai Solusi Perubatan Bagi Ummat Islam

Rabu, 07 Maret 2012

PANDUAN MENGENAL PASTI BOMOH

Bomoh juga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat tradisional, tabib, para normal dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara kampung dan jampi-jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin.
Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.


Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi, berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka dari golongan ini:
  1. Tiada kaunseling atau dakwah Islam. 
  2. Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami 
  3. Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang 
  4. Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan. 
  5. Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat. 
  6. Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.
  7. Minta pengeras. 
  8. Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan. 
  9. Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit. 
  10. Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh. 
  11. Guna air dalam mangkuk untuk menelek. 
  12. Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.
  13. Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf  
  14. Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis dan orang ini untuk terus sesat dan menyesatkan orang ramai. 
  15. Setengah mereka ada title ustaz, ustazah, profesor, doktor malahan ada yang bergelar Dato’. 
  16. Ada proses menurun sewaktu mengubat. 
  17. Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama lain yang pelik. 
  18. Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat. 
  19. Kalau orang perempuan, selalunya tak pakai tudung atau tudung ringkas, bermake up dan banyak barang kemas. 
  20. Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda, aura, cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat.. 
  21. Ada mengamalkan meditasi. 
  22. Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.
  23. Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki. 
  24. Mengaku boleh nampak jin. 
  25. Banyak mengamal bidaah dan sangat kurang mengamalkan sunnah. 
  26. Tergantung banyak ayat-ayat Al Quran di dinding rumah mereka. 
  27. Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera. 
  28. Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP) telah berubat dengannya. 
  29. Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan. 
  30. Menggunakan khadam seperti jin dan “malaikat”. 
  31. Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang. 
  32. Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu. 
  33. Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya. 
  34. Pengamal yang memberikan khidmat memasukkan apa jenis susuk sekali pun dan tattoo adalah bomoh.


    Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam, pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
    1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.
    2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua. 
    3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik namun untuk kes-kes tertentu (bukan semua kes) ada diberikan air yang dijampi secara Islam. 
    4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat. 
    5. Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang amaun sebagai hadiah. (dibenarkan dalam Islam mengikut hadis sahih – cerita nak sembelih kambing pemberian orang sakit yang dah sembuh) 
    6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat. 
    7. Mengaku tidak ada kuasa ghaib 
    8. Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa. 
    9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit. 
    10. Mengamalkan Islam dengan lebih cantik 
    11. Lebih cenderung mengamalkan sunah dan meninggalkan bidaah. 
    12. Tiada ayat Al Quran tergantung di dinding rumah. 
    13. Tidak materialistik dan dapat dilihat pada kenderaan dan rumah. 
    14. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya. Semata-mata bertawakal kepada Allah. 
    15. Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.

DIAGNOSIS GANGGUAN JIN & SIHIR

Fizikal
- Pening sebahagian atau seluruh bahagian kepala- Leher terasa sengal-sengal
- Punggung terasa berat
- Dada terasa sesak
- Sering gementar
- Sakit di bahagian perut kanan
- Sakit dibahagian perut kiri
- Sakit di bahagian perut kanan bawah
- Otot kaki atau tangan sering menegang sendiri 
- Kedut-kedut di kelopak mata atau bahagian lainnya
- Gigi sering beradu saat tidur sampai berbunyi

Psikologi
- Mudah marah
- Was-was
- Takut yang berlebihan
- Merasa ada yang mengikuti
- Mendengar suara dentuman di atap rumah saat malam hari
- Boleh meneka masa depan
- Sering mimpi jatuh dari ketinggian
- Sering mimpi dikejar hantu
- Sering mimpi dikejar-kejar orang
- Sering mimpi dikejar binatang buas
- Sering mimpi dibelasah orang atau syaitan
- Sering mimpi bertemu orang yang sudah meninggal
- Sering/pernah melihat penampakan hantu

Ibadah
- Merasa ngantuk dan malas untuk melaksanakan solat wajib
- Mata pedas, dada panas, dan kepala pening saat membaca Al Qur’an
- Sering lupa rakaat solat
- Sering berhadats saat shalat
- Saat berzikir terasa keletihan di kaki dan pening di kepala

Keyakinan
-    Memiliki azimat pegangan seperti cincin, rantai, minyak, tali pinggang, atau lainnya yang dianggap dapat melindungi diri
    Mengamalkan Asma’ul husna dalam bilangan tertentu tanpa diakhiri dengan doa permohonan  pada Allah
   Rumah terdapat pagar-pagar seperti rajah, wafaq dan sebagainya untuk penjagaan
   Mempelajari ilmu-ilmu hikmah (biasanya tenaga dalam dengan mengatasnamakan islam)
   Punya karomah

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?” Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?” Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.” Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
  - Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  - Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  - Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.