Kamis, 08 Maret 2012

ILMU SAKA ROSAKKAN MANUSIA

       SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
         Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
       Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
      Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
        Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
       Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh. Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi. Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
       Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya. Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
     
    Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
     Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT. Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
      Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
      Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan). “Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak. “Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
     
      Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan. “Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia. “Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
        Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati. “Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati. “Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
     “Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah. “Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya. Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
        “Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik. “Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya. Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT. “Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
        “Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.

Petanda seseorang mempunyai saka:
Gejala waktu tidur
  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

VISI & MISI ISLAMIC RUQYAH CENTRE


VISI
Menjadi Rujukan Ummat Islam Dalam Perubatan dan Penyembuhan Berbagai Penyakit (Medic Maupun Non Medic) Dengan Perubatan Cara Nabi SAW.

MISI
  1. Mengembangkan dan Menghidupkan Ruqyah Syar’iyah Da’awiyah
  2. Meningkatkan Kualitas dan Kuantitas Mu’allij Ruqyah
  3. Meningkatkan Kualitas Layanan Ruqyah Syar’iyah Da’awiyah
  4. Meningkatkan Layanan Klinik Ruqyah Menuju Klinik Ruqyah Terpadu
  5. Meningkatkan Kualitas Dan Kuantitas Pembinaan Keislaman Intensif / Tarbiyah Islamiyah

MOTO
Bersih Aqidah Hidupkan Sunnah

TUJUAN
  1. Membersihkan Aqidah Ummat Islam Dari Unsur-Unsur Syirik Dengan Menghidupkan Perubatan Sunnah Nabawiyah.
  2. Membentuk Kelompok-Kelompok Pembinaan Keislaman Intensif / Tarbiyah Islamiyah 
  3. Menjadikan Perubatan Cara Nabi sebagai Solusi Perubatan Bagi Ummat Islam

Rabu, 07 Maret 2012

PANDUAN MENGENAL PASTI BOMOH

Bomoh juga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat tradisional, tabib, para normal dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara kampung dan jampi-jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin.
Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.


Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi, berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka dari golongan ini:
  1. Tiada kaunseling atau dakwah Islam. 
  2. Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami 
  3. Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang 
  4. Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan. 
  5. Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat. 
  6. Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.
  7. Minta pengeras. 
  8. Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan. 
  9. Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit. 
  10. Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh. 
  11. Guna air dalam mangkuk untuk menelek. 
  12. Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.
  13. Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf  
  14. Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis dan orang ini untuk terus sesat dan menyesatkan orang ramai. 
  15. Setengah mereka ada title ustaz, ustazah, profesor, doktor malahan ada yang bergelar Dato’. 
  16. Ada proses menurun sewaktu mengubat. 
  17. Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama lain yang pelik. 
  18. Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat. 
  19. Kalau orang perempuan, selalunya tak pakai tudung atau tudung ringkas, bermake up dan banyak barang kemas. 
  20. Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda, aura, cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat.. 
  21. Ada mengamalkan meditasi. 
  22. Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.
  23. Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki. 
  24. Mengaku boleh nampak jin. 
  25. Banyak mengamal bidaah dan sangat kurang mengamalkan sunnah. 
  26. Tergantung banyak ayat-ayat Al Quran di dinding rumah mereka. 
  27. Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera. 
  28. Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP) telah berubat dengannya. 
  29. Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan. 
  30. Menggunakan khadam seperti jin dan “malaikat”. 
  31. Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang. 
  32. Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu. 
  33. Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya. 
  34. Pengamal yang memberikan khidmat memasukkan apa jenis susuk sekali pun dan tattoo adalah bomoh.


    Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam, pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
    1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.
    2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua. 
    3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik namun untuk kes-kes tertentu (bukan semua kes) ada diberikan air yang dijampi secara Islam. 
    4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat. 
    5. Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang amaun sebagai hadiah. (dibenarkan dalam Islam mengikut hadis sahih – cerita nak sembelih kambing pemberian orang sakit yang dah sembuh) 
    6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat. 
    7. Mengaku tidak ada kuasa ghaib 
    8. Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa. 
    9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit. 
    10. Mengamalkan Islam dengan lebih cantik 
    11. Lebih cenderung mengamalkan sunah dan meninggalkan bidaah. 
    12. Tiada ayat Al Quran tergantung di dinding rumah. 
    13. Tidak materialistik dan dapat dilihat pada kenderaan dan rumah. 
    14. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya. Semata-mata bertawakal kepada Allah. 
    15. Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.

DIAGNOSIS GANGGUAN JIN & SIHIR

Fizikal
- Pening sebahagian atau seluruh bahagian kepala- Leher terasa sengal-sengal
- Punggung terasa berat
- Dada terasa sesak
- Sering gementar
- Sakit di bahagian perut kanan
- Sakit dibahagian perut kiri
- Sakit di bahagian perut kanan bawah
- Otot kaki atau tangan sering menegang sendiri 
- Kedut-kedut di kelopak mata atau bahagian lainnya
- Gigi sering beradu saat tidur sampai berbunyi

Psikologi
- Mudah marah
- Was-was
- Takut yang berlebihan
- Merasa ada yang mengikuti
- Mendengar suara dentuman di atap rumah saat malam hari
- Boleh meneka masa depan
- Sering mimpi jatuh dari ketinggian
- Sering mimpi dikejar hantu
- Sering mimpi dikejar-kejar orang
- Sering mimpi dikejar binatang buas
- Sering mimpi dibelasah orang atau syaitan
- Sering mimpi bertemu orang yang sudah meninggal
- Sering/pernah melihat penampakan hantu

Ibadah
- Merasa ngantuk dan malas untuk melaksanakan solat wajib
- Mata pedas, dada panas, dan kepala pening saat membaca Al Qur’an
- Sering lupa rakaat solat
- Sering berhadats saat shalat
- Saat berzikir terasa keletihan di kaki dan pening di kepala

Keyakinan
-    Memiliki azimat pegangan seperti cincin, rantai, minyak, tali pinggang, atau lainnya yang dianggap dapat melindungi diri
    Mengamalkan Asma’ul husna dalam bilangan tertentu tanpa diakhiri dengan doa permohonan  pada Allah
   Rumah terdapat pagar-pagar seperti rajah, wafaq dan sebagainya untuk penjagaan
   Mempelajari ilmu-ilmu hikmah (biasanya tenaga dalam dengan mengatasnamakan islam)
   Punya karomah

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?” Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?” Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.” Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
  - Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  - Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  - Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Minggu, 25 Desember 2011

GARIS PANDUAN HUKUM KHURAFAT & AZIMAT

Fatwa Ulama' sebulat suara bersetuju dengan Garis Panduan Hukum Khurafat dan Azimat seperti berikut :

a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;

b) Antara ciri-ciri khurafat adalah seperti berikut:
    (i) Ia tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith;
    (ii) Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut;
    (iii) Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam;
   (iv) Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada selain daripada Allah Ta’ala untuk tujuan yang  bercanggah dengan ajaran Islam;
    (v) Ia melibatkan penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, busut, dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu; dan
     (vi) Ia mempunyai unsur-unsur negatif kepada akidah dan syariah Islam.

c) Antara bentuk-bentuk khurafat adalah seperti berikut:
   (i) Kepercayaan kepada keramat seperti makam, kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, cincin, bukit, tongkat, haiwan tertentu dan sebagainya;
   (ii) Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya;
  (iii) Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya;
  (iv) Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi, bersemah, membuang ancak ke sungai dan laut dan sebagainya;
    (v) Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang contohnya seperti tidak melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala dan sebagainya;
    (vi) Kepercayaan kepada ramalan-ramalan bintang, zodiak, angka, nombor, kod matrik, tarikh kelahiran, abjad nama, rajah-rajah tertentu, kitaran hari dan bulan dalam kalendar dan sebagainya dalam merancang dan melaksanakan sesuatu perkara dan mengatur kehidupan; dan
   (vii) Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali atau syeikh tertentu, melakukan upacara menghadirkan roh dan sebagainya.

d) Antara amalan khurafat yang berlaku di seluruh Malaysia:
   (i) Membaca tahlil dan doa serta bertakbir di tiang bendera semasa upacara menurun dan menaikkan bendera;
   (ii)  Upacara menyapu dan menyiram cairan cendana pada batu nisan, mebentang kain penutup ke atas kubur, membalut kain putih pada batu nesan, memasang colok dan meletakkan bendera di atas kubur;
    (iii) Perarakan membawa bendera, bunga telur, bunga-bungaan, buah-buahan di dalam dulang disertai oleh para pengunjung sambil berselawat menuju ke kubur tertentu;
     (iv) Mengadakan Majlis maulud atau sambutan hari hol atau upacara tertentu di perkuburan;
   (v) Membawa haiwan ternakan hidup ke sesuatu tempat untuk disembelih bagi tujuan tertentu seperti membayar nazar, memohon hajat, lambang terima kasih kepada kubur dan simbol penutup selepas usaha memuja tempat yang didakwa keramat;
     (vi) Melakukan bai’ah di atas kubur atau ditempat-tempat yang dianggap keramat.
     (vii) Upacara zikir dan ratib di sisi kubur untuk memohon hajat tertentu; dan
     (viii) Upacara suluk atau uzlah dengan menghabiskan zikir tertentu berhari-hari di kawasan kubur dengan kepercayaan boleh meningkatkan taraf atau darjat di sisi Allah.

 e) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau memudharatkan orang lain.

f) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.

g) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan.  Orang-orang yang bersahabat dengan mengunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang jahil dan menzalimi diri sendiri.

h) Haram mengunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti obejek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

i) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis,mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

j) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh.

k) Pihak Berkuasa Negeri perlu mewujudkan peraturan untuk menghalang mana-mana orang Islam membawa dan menyembelih haiwan di tempat-tempat pemujaan dalam negeri Melaka bagi mencegah berlakunya perbuatan syirik dan khurafat selaras dengan kaedah sadd az-zari’ah (menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan)

l) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perbuatan syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.

Minggu, 18 Desember 2011

MENYINGKAP RAHASIA ALAM JIN, GANGGUAN-GANGGUAN JIN DAN CARA RAWATANNYA


Sebagai manusia yang mengakui beriman kepada Allah dan rasulNya tidak dapat tidak mestilah meyakini dan kewujudan perkara-perkara ghaib yang ternyata tidak mampu kita lihat dengan mata kasar kita. Malahan tidak juga dapat dikesan oleh mana-mana pancaindera kita yang lima.
Tidak syak lagi antara perkara atau dengan lebih jelas lagi makhluk yang tidak dapat dilihat tersebut adalah makhluk ciptaan sang empunya jagatraya yang bernama jin dan iblis serta syaitan. Di alam Melayu seringkali makhluk ini dikenali dengan panggilan makhluk halus. Ini kerana sifatnya yang tidak dapat dilihat secara fizikal oleh pandangan mata kasar.
Sejak kebelakangan ini kita semakin menyedari bahawa telah banyak kes yang diakibatkan oleh penglibatan secara langsung makhluk ini dalam bentuk pelbagai gangguan dan seribu satu macam penyakit. Antaranya termasuklah kes-kes kerasukan, barah yang ganjil, sakit pada bahagian anggota tubuh badan yang langsung tidak dapat dikesan oleh mana-mana doktor hatta yang bergelar pakar dalam perubatan yang serba canggih dan moden pada zaman ini.

A.    JIN ADALAH SATU HAKIKAT BUKAN MITOS
Mempercayai perkara-perkara ghaib merupakan salah satu daripada tuntutan aqidah. Firman Allah ta’ala dalam surah Al-Baqarah : 1-3.
”Alif, lam, mim. Kitab Al-Quran ini tiada sebarang syak padanya (tentang datang daripada Allah dan kesempurnaanNya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebaghaigian daripada rezeki yang Kami berikan kepada meraka”

B.     TIDAK TERLIHAT BUKANNYA BERMAKNA TIDAK WUJUD
Sifat kejadian jin yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar bukanlah bererti bahawa ia tidak ada. Marilah sama-sama kita mengambil contoh arus elektrik misalnya. Sudah pasti kita tidak dapat melihatnya namun kesan daripada kewujudannya jelas kelihatan di hadapan mata kita. Peralatan elektrik mampuberfungsi dan mentol di dalam rumah kita mampu bernyala. Begitulah perihalnya juga dengan udara, bau-bauan yang berada di sekitar kita.
Dewasa ini telah wujud ramai individu yang tidak percaya lagi kepada kewujudan perkara-perkara ghaib termasuklah jin. Bagi yang mempercayai kewujudannya pula, terdapat juga golongan yang berpendirian bahawa makhluk jin ini tidak berupaya menyebabkan berlakunya apa-apa kesan terhadap dunia zahir iaitu kepada batang tubuh manusia itu sendiri. Segala bentuk penyakit dan sebrang keganjilan pada batang tubuh pesakit yang menderita dianggap berpunca daripada virus, kuman atau bakteria yang hanya dapat dibongkar dan diubati dengan wasilah teknologi perubatan dan sains.

C.     ASAL USUL KEJADIAN JIN
Seumpama kejadian pelbagai makhluk Allah di permukaan bumi Allah SWT ini seperti malaikat daripada cahaya dan manusia daripada tanah, begitulah juga dengan hakikat kejadian jin.
Tidak syak lagi bahawa jin dicipta daripada api. Ini berdasarkan dalil yang termaktub di dalam Al-Quran.
1)       Surah Ar-Rahman : 15.
”Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api”
2)     Surah Al-Hijr : 27
”Dan Kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”
3)     Surah Al-A’raf : 12
”Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?. Menjawab iblis : Saya lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah”




D.    JENIS-JENIS JIN
Diriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah r.a telah berkata : bahawa RSAW telah bersabda :
Jin itu mempunyai tiga jenis
1). Jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara
2). Jenis yang berupa ular dan anjing
3). Jenis yang berpindah randah

E.     TEMPAT TINGGAL JIN
1.       Tempat-tempat yang sepi daripada manusia
2.      Tempat-tempat yang kotor
3.      Di tandas-tandas
4.     Tempat-tempat yang berlubang
5.      Tempat buangan binatang

F.     MAKAN & MINUMAN JIN
Terdapat hadith-hadith sohih yang menyatakan bahawa jin juga makan dan minum seperti kita. Antara makanan makhluk jin adalah :
1.       Kotoran binatang
2.      Tulang
3.      Asap

G.    WAKTU JIN DAN IBLIS BERKELIARAN
Dalam hadith yang shohih dari Jabir, beliau bersabda bahawa RSAW bersabda : ”Apabila malam menjelang, maka tahanlah anak-anak kalian kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Apabila malam sudah gelap gelita, maka lepaskanlah meraka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu ke atasnya dan padamkanlah lampu-lampu kalian”



Jadi apa yang dapat kita fahami tentang hadith ini adalah tentang perintah RSAW pada kita. Diantara perintah RSAW itu ialah :
1)       Ketika menjelang waktu hendak malam (waktu hampir-hampir maghrib), anak-anak kecil tidak dibolehkan untuk berada di luar pada waktu ini.
2)     Apabila sudah hari gelap gelita (malam), maka biarkan saja anak-anak.
3)     Tutuplah pintu dengan menyebut nama Allah
4)     Tutuplah tempat-tempat air dengan menyebut nama Allah

H.    APAKAH KITA / MAKHLUK-MAKHLUK LAIN DAPAT MELIHAT JIN?
Kalau manusia memang tidak dapat melihat jin. Adapun yang mengaku dapat melihat jin ianya tergolong pada 2 orang jenis manusia.
1)       Berdusta
2)     Dalam dirinya ada jin

Tetapi terdapat makhluk yang dapat melihat syaitan iaitu sebahagian binatang seperti keldai dan anjing.

I.       HUKUM MEMINTA DAN MENAGIH PERTOLONGAN DARIPADA JIN
Tidak syak lagi bahawa hukum meminta bantuan dan pertolongan daripada jin adalah HARAM. Ini berdasarkan dalil daripada firman Allah SWT dalam surah Al-Jin ayat yang ke enam (6) : ”Terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin tersebut menambah bagi mereka akan dosa dan kesesatan”

J.       KEDUDUKAN JIN BERBANDING MANUSIA
Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT. Lantaran itu dapat difahami bahawa secara umumnya martabat manusia lebih tinggi daripada golongan jin, itupun sekiranya kita (manusia) itu beriman dan melakukan amalan-amalan soleh.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 70 : ”Sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam a.s dan Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.

K.    FAKTOR-FAKTOR KERASUKAN / DI MASUKI JIN
Kemasukan jin ke dalam jasad tubuh manusia berpunca daripada pelbagai faktor. Namun secara umumnya punca kemasukan adalah disebabkan oleh dua perbuatan dua makhluk. Sama ada berpunca daripada jin atau manusia.
Antara punca yang disebabkan jin adalah ;
1.       Jin yang jatuh cinta kepada manusia
2.      Jin yang melakukan kezaliman dan sengaja cari pasal terhadap manusia tanpa sebab
3.      Sikap jin yang dengkai dan hasad terhadap manusia

Antara punca yang disebabkan manusia ;
  1. Kezaliman manusia terhadap golongan jin
  2. Sikap manusia yang takabbur dan bermulut lancang sehingga mengguris perasaan sesetengah jin
  3. Keadaan manusia yang menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuhnya. Sebagai contoh : terlalu marah, terlalu takut, nafsu syahwat yang sangat tinggi, bersikap terlampau lalai.

L.     METOD MENGENALI KEWUJUDAN JIN DI DALAM TUBUH SESEORANG
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengesan (scan) kewujudan makhluk halus di dalam tubuh manusia. Teknik ini boleh dilakukan sendiri oleh kita. Gejala atau simptom kemasukan dapat dibahagi kepada dua jenis, iaitu ;
1.       Gejala Pada Waktu Tidur
Ø  Susah tidur malam
Ø  Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
Ø  Bermimpi buruk
·         Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan
·         Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
·         Mimpi berada di kawasan kotoran atau tanah perkuburan
·         Mimpi binatang-binatang buasa seperti anjing, kucing hitam, ular, kala jengking, lipan, serigala dan sebagainya.
Ø  Kena tindih
Ø  Bunyi gigi berlaga ketika tidur
Ø  Ketawa, menangis dan meracau-racau ketika sedang tidur
Ø  Mengigau
Ø  Mimpi melihat salib atau gereja, atau bertemu dengan paderi
Ø  Mimpi diancam dengan benda-benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.

1.       Gejala Pada Waktu Jaga / Sedar
Ø  Selalu pening
Ø  Selalu lalai daripada mengingati Allah SWT
Ø  Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila
Ø  Sering lesu dan malas
Ø  Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya
Ø  Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang
Ø  Lenguh di sendi-sendi utama
Ø  Mempunyai ketumbuhan yang sukar untuk diubati.
Ø  Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah telapak kaki seperti terpijak batu atau telur
Ø  Mudah panik dan terkejut apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
Ø  Jiwa sentiasa lemah dan mudah untuk berputus asa
Ø  Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
Ø  Mudah marah dan panas baran
Ø  Emosional dan terlalu sensitif







M.   JENIS-JENIS GANGGUAN JIN
Terdapat beberapa jenis gangguan jin. Antaranya :
1.       Gangguan sepenuhnya
Iaitu jin menganggu seluruh badan dan jasad seperti orang yang mengalami masalah saraf tersumbat dan seumpama dengannnya

2.      Gangguan sebahagian anggota

3.      Gangguan yang berpanjangan
Iaitu jin terus berada di dalam badannya dalam jangka waktu yang lama

N.    CARA UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA GANGGUAN JIN
1.       Sentiasa istiqamah dengan zikir-zikir
2.      Menyebut nama Alalh dalam setiap pekerjaan
3.      Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap
4.     Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing
5.      Jangan tidur bersendirian.
6.     Jangan membuang air di merata-merata tempat terutama di lubang-lubang
7.      Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah

O.    RAWATAN ISLAM YANG BIASA DISEBUT SEBAGAI RUQYAH SYAR’IYYAH
A.    Al-Quran sebagai sumber perubatan Islam.
Firman Allah dalam surah Al-Isra’ : 82 ; ”Dan Kami turunkan dari al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.