Rabu, 07 Maret 2012

PANDUAN MENGENAL PASTI BOMOH

Bomoh juga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat tradisional, tabib, para normal dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara kampung dan jampi-jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin.
Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.


Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi, berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka dari golongan ini:
  1. Tiada kaunseling atau dakwah Islam. 
  2. Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami 
  3. Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang 
  4. Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan. 
  5. Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat. 
  6. Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.
  7. Minta pengeras. 
  8. Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan. 
  9. Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit. 
  10. Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh. 
  11. Guna air dalam mangkuk untuk menelek. 
  12. Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.
  13. Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf  
  14. Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis dan orang ini untuk terus sesat dan menyesatkan orang ramai. 
  15. Setengah mereka ada title ustaz, ustazah, profesor, doktor malahan ada yang bergelar Dato’. 
  16. Ada proses menurun sewaktu mengubat. 
  17. Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama lain yang pelik. 
  18. Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat. 
  19. Kalau orang perempuan, selalunya tak pakai tudung atau tudung ringkas, bermake up dan banyak barang kemas. 
  20. Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda, aura, cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat.. 
  21. Ada mengamalkan meditasi. 
  22. Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.
  23. Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki. 
  24. Mengaku boleh nampak jin. 
  25. Banyak mengamal bidaah dan sangat kurang mengamalkan sunnah. 
  26. Tergantung banyak ayat-ayat Al Quran di dinding rumah mereka. 
  27. Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera. 
  28. Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP) telah berubat dengannya. 
  29. Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan. 
  30. Menggunakan khadam seperti jin dan “malaikat”. 
  31. Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang. 
  32. Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu. 
  33. Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya. 
  34. Pengamal yang memberikan khidmat memasukkan apa jenis susuk sekali pun dan tattoo adalah bomoh.


    Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam, pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
    1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.
    2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua. 
    3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik namun untuk kes-kes tertentu (bukan semua kes) ada diberikan air yang dijampi secara Islam. 
    4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat. 
    5. Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang amaun sebagai hadiah. (dibenarkan dalam Islam mengikut hadis sahih – cerita nak sembelih kambing pemberian orang sakit yang dah sembuh) 
    6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat. 
    7. Mengaku tidak ada kuasa ghaib 
    8. Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa. 
    9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit. 
    10. Mengamalkan Islam dengan lebih cantik 
    11. Lebih cenderung mengamalkan sunah dan meninggalkan bidaah. 
    12. Tiada ayat Al Quran tergantung di dinding rumah. 
    13. Tidak materialistik dan dapat dilihat pada kenderaan dan rumah. 
    14. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya. Semata-mata bertawakal kepada Allah. 
    15. Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar